Blog Papier Mache

December 21, 2008

Lagu Krismas

Filed under: News — Pinolobu @ 8:15 am

20-21 Disember 2008

Kami membuat “cover version” 2 lagu Krismas dari Indonesia yang popular pada tahun 1970an, “Hari Natal” dan “Selamat Hari Natal & Tahun Baru.” Kedua-dua lagu ini telah berkumandang di SuriaFM bermula 23 Disember.

“Hari Natal”

“Selamat Hari Natal & Tahun Baru”

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua!

December 6, 2008

Live di Malam Anugerah Pertisa 2008

Filed under: News — Pinolobu @ 7:08 am

Kami membuat persembahan berikut di Dewan KDCA, Penampang sempena Malam Anugerah Pertisa 2008: medley 2 lagu versi “Dream Theatre”: Nung Olingan Oku Dia & Stream, di hadapan beberapa ribu penonton termasuk Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan para artis & produser utama negeri, termasuklah Ahmad Angkee (vokalis D’Atomic Power), Asmin Mudin, Atama, Abu Bakar Ellah, Hain Jasli, Evaristus Gungkit, Kimin Mudin, Clarice J Matha, Ivye Alexandra, Lydia Kalidin, Benn S Bukag, Ateng, Danny Malinggi dan ramai lagi.

Kami satu-satunya “live band” yang membuat persembahan pada malam tersebut.

Ebert berada di Indonesia, tempatnya digantikan James Sami. Ben Francis digantikan oleh Dennis Umin.

http://www.youtube.com/watch?v=WIeL1FJXaCo

November 26, 2008

Live di Pesta Muzik Bambu, Tamparuli

Filed under: News — Pinolobu @ 8:06 am

Kami membuat persembahan di satu event yang termasuk dalam kalendar pelancongan Sabah: Pesta Muzik Bambu di Tamparuli.

Berikut adalah video yg diambil semasa latihan utk event tersebut, lagu “Matai Patai Do Masi”.

Video

November 17, 2008

Anugerah Pertisa 2008: Kami amat memerlukan sokongan anda!

Filed under: News — Pinolobu @ 7:05 am

Kami amat memerlukan sokongan anda!

Undian untuk Anugerah Pertisa 2008 bermula hari ini sehingga 29 November 2008. Ia diadili berdasarkan bilangan undi yang didapati melalui akhbar New Sabah Times.

Nota: Pertisa = Persatuan Artis Tempatan Sabah.

Lagu “Nung Olingan Oku Dia” dicalonkan dalam kategori “Lagu Paling Popular.”

Cara mengundi (maklumat terperinci di blog Pertisa):

1. Beli/dapatkan surat khabar New Sabah Times yang asal (original). Salinan fotostat tidak diterima. Dapatkan seberapa banyak yang boleh dalam tempoh undian!
2. Pangkah pilihan anda menggunakan pena mata bulat
3. Kerat borang undian dan hantar ke alamat yang dinyatakan.

Seperti yang tertera dalam senarai di bawah (diambil dari blog Pertisa), ejaan lagu telah diperbetulkan:

Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan padu anda!

November 14, 2008

14 Nov 2008: Temuramah dengan Sabah Vfm

Filed under: News — Pinolobu @ 7:01 am

Ebert, Golib, Kimut dan Nond ditemuramah secara live di RTM Sabah Vfm, 9.30 malam - 10.30 malam.

Audio sahaja, klik link di bawah (ada 4 bahagian):

http://www.youtube.com/watch?v=vNijrd40QgM

November 4, 2008

Lagu “Nung Olingan Oku Dia” dicalonkan dalam kategori Lagu Paling Popular dalam anugerah Pertisa 2008

Filed under: News — Pinolobu @ 7:00 am

Lagu “Nung Olingan Oku Dia” dicalonkan dalam kategori Lagu Paling Popular dalam anugerah Pertisa 2008, seperti dipaparkan di surat khabar New Sabah Times hari ini.

…malangnya ia dicetak sebagai “Nung Oilaan Ku.”

Klik thumbnail di bawah untuk melihat saiz penuh:

October 23, 2008

Papier Mache di New Sabah Times lagi

Filed under: News — Pinolobu @ 7:59 am

Gambar Papier Mache terpapar sekali di New Sabah Times dalam artikel berkenaan Kadus Entertainment Star Studded Nite yang telah berlangsung pada 18 Oktober lalu.

October 22, 2008

Di New Sabah Times lagi

Filed under: News — Pinolobu @ 7:58 am

Gambar Papier Mache terpapar di New Sabah Times dalam artikel berkenaan Kadus Entertainment Star Studded Nite yang telah berlangsung pada 18 Oktober lalu. Ala-ala artis Britrock?

October 18, 2008

Papier Mache di Kadus Entertainment Star Studded Nite

Filed under: News — Pinolobu @ 8:46 am

Kami membuat persembahan berikut di New Pusakag Cafe, Penampang sempena Kadus Entertainment Star Studded Nite: medley 3 lagu versi akustik: Nung Olingan Oku Dia, Terima Kasih & Stream.

http://www.youtube.com/watch?v=OUVSja6fMeA 

October 12, 2008

Papier Mache di New Sabah Times

Filed under: News — Pinolobu @ 7:45 am

Artikel mengenai album dipaparkan di surat khabar New Sabah Times hari ini.

Klik thumbnail di bawah untuk melihat saiz penuh:

Next Page »

Powered by WordPress